asam pedas ikan siakap
Wow, sapa yang tak suka asam pedas kan. Di sini saya akan share satu lagi resepi yang dijamin sedap, memang tiptop lah kalau dah try hehehehehe. Bahan-bahan yang diperlukan: ikan siakap (kalau taknak siakap boleh tukar ikan lain) kacang bendi tomato daun kesum serai kunyit hidup bawang merah 4 ulas putih 5 ulas biji halba garam ajinomoto ( kalau tak guna ajinomoto boleh gantikan dengan gula) jintan manis bawang besar seulas cili kering secukupnya ( buang biji) asam jawa Cara untuk memasak: blender bawang merah, putih, besar,kunyit hidup, biji halba, jintan manis bersama dgn cili kering. Jangan lupa masukkan air sedikit semasa blender. masukkan minyak sedikit di dalam kuali. tumiskan bahan blender sehingga naik bau. masukkan 2 batang serai. apabila cili sudah pecah minyak, masukkan ikan siakap bersama dengan sedikit daun kesum. masukkan kacang bendi dan tomato. masukkan air perahan asam jawa masukkan garam dan ajinomoto. tunggu sehingga masak Selamat mencuba 🥰